Pada 06 Julai 2011, Kelab SPBT Sk Sg Sameran telah melakukan aktiviti pelupusan buku teks. Pelupusan dilaksanakan dengan cara membakar dan telah diluluskan oleh pihak PPD Serian. Pelupusan ini telah disaksikan oleh GPK HEM (Cikgu Nur Atiqah), Guru Besar (Cikgu Putit @ Aris), Guru SPBT (Cikgu Kamarol), Guru Ganti (Cikgu Ainol). Masa yang diambil untuk melupuskan buku teksebut ialah selama 2 jam 30 minit. Semua ahli kelab gembira dapat menjalankan aktiviti tersebut dan telah dimasukkan sebagai aktiviti kelab.
No comments:
Post a Comment